BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 19, 2011

Usman Awang (GURU)

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Benar,memang belum terlambat utkku mengucapkan slmt hari guru kpd guru2ku...tak terblas dgn ucapan terima kasih...tak terbayar dgn jumlah berlian dan emas di muka bumi. Sejak drpd ku masih dibangku sekolah ku mengenal dirimu oh Guru, kau membakar dirimu menerangi org lain tatkala diri seseorg itu diulit kegelapan menggapai2 menemui cahaya. Oh guru yg ku kasihi, ku menyanjungi segala pengorbanan yg telah kau curah dan semai di minda dan jiwa kami, membina dan mendidik anak bangsa dari sehelai kain putih bercorak2 lalu mencipta kejayaan. Oh guru, tidak kenal erti bosan, tidak kenal erti kepayahan, tidak kenal erti beban walaupun di bahu mu memikul begitu byk tugasan dan berjuta murid2 dan pelajar, sanggup ko redahi sungai2, jln raya, lumpur2 kotor, cuaca yang panas hingga membakar leher utk mengajar dan melempar ilmu kepada org lain.

Tidak ternilai jasa dan baktimu wahai guru,...atas tunjur ajak dan didikkan mu,...aku berdiri ditempat dimana aku citakan, walaupun terpaksa memerahkan telinga dan menebalkan muka semasa menuntut ilmu bersama mu Guru,...inilah hasil yg diperoleh.Aku sanggup menimba ilmu dimana shaja bersama mu Guru asalkan kau sanggup mengajar ku wahai Guru ku.

Terima kasih atas segalanya wahai GURU!!! :) Aku amat berbangga kerana menjadi pelajar MU.

0 comments: