BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 30, 2009

Muhasabah Diri sebelum tahun baru

Disiplin,amal ibadat,zikir bantu ummah perangi dan berjihad menentang nafsu

Mendekati detik terakhir peghujung tahun ini,sememangnya gementar mengimbas kembali catatan kealpaan diri sepanjang tahun.Org mukmin yg jujur suka megorek rahsia hatinya dgn mencari kelemahan dan menangisi kerugian yang ditanggung.Mereka merumuskan makna kejayaan dan peningkatan pencapaian sebenar bagi setiap tahun dalam kehidupan mengikut kacamata agama.

Sesungguhnya peningkatan agama bergantung dgn ibadat ,peningkatan harta kerana pandai merancang dan berjimat,peningkatan ilmu kerana mengkaji,peningkatan akhlak kerana lemah lembut dan mengawal emosi,peningkatan dlm hubungan sesama manusia kerana membuang sifat sombong dan riak,peningkatan kesabaran hati kerana byknya musibah,peningkatan kualiti diri kerana disiplin yg kuat.

Kelemahan diri pula menjadi agenda yang paling penting utk diinsafi setiap masa,misalnya ketika kita kekurangan harta akibat nafsu membeli-belah yg tinggi dan tidak pandai merancang.Sewaktu ditimpa surutnya cahaya di hati kerana malas beribadah dan meninggal kan ilmu.Kerasnya jiwa kerana jauh dari al-Quran dan Sunnah Rasul-nya.Berkurangnya kawan dan renggang ikatan persaudaraan kerana suka musuh,takbur,menunjuk2 dan berdengki.Bertambahnya penyakit kerana byk mkn,malas,berehat dan berhibur secara berlebih2an.Berkurangnya umur dan sedikitnya bekalan ke akhirat bekalan ke akhirat juga menunjukkan betapa ruginya manusia sepanjang tahun ini.

Rasullah SAW mengajar umatnya untuk sentiasa mengakui kelemahan diri melalui firman Allah yg bermaksud:
"Org yg menjauhi dosa2 besar dan perbuatan keji yg selain dari kesalahan2 kecil.Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas ampun-Nya dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan) mu ketika Dia menjadikan dari tanah dan ketika kamu masih janin dlm perut ibumu.Maka jgnlah kamu mengatakn dirimu suci.Dialah yg paling mengetahui tentang org yg bertaqwa".(Surah al-Najm:32)

Jgn sesekali menganggap diri sudah berjaya sebelum benar kepastiannya mengenai pintu syurga atau neraka yg akan dimasuki.Sepanjang kehidupan yg kita lalui didunia,byk kemungkinan akan terjadi.Berubahnya hati dan turun naiknya iman,pasang surutnya amalan dan bertambah atau berkurangnya dosa dan pahala.Hakikatnya ramai yg menjadi tawanan hawa nafsu dan sedikit saja org yg selamat.Layakkah kita menjadi golongan yg sikit itu?

Mulakan muhasabah ini dgn melihat sejauh mana kekuatan hawa nafsu mempengaruhi diri.Betapa hebatnya cengkawan hawa nafsu terhadap jiwa raga kita sehingga kedudukkannya boleh jadi setaraf Tuhan dalam pandangan manusia yg lalai.Bahkan baginda pernah memberitahu sahabatnya supaya waspada dgn jerat nafsu.

Rasullah SAW bersabda lagi:
Berjanjilah untuk kamu mengendalikan nafsu dan bykkn sujud "(nescaya kamu akan menemaniku disyurga)"

Hawa nafsu boleh dilemahkan jika manusia berdisiplin memeranginya.Satu kata kunci utk kejayaan adalah disiplin.Ia wujud dalam sistem ibadat kita,solat 5 waktu dan solat sunat,puasa,haji.zakat dan sedekah.Zikirullah dengan terang ataupun tersembunyi,memelihara al-Quran sentiasa hidup didalam hati dan melaksanakan sunnah Rasul adalah disiplin.Mengisi masa dgn amal,menguasai dunia demi akhirat memerlukan disiplin yg tinggi.

Ibnu Qayyum pernah berkata:
"Wahai org yg lemah semangat!!!Sesungguhnya diatas jln ini Nuh menjadi tua,Yahya dibunuh,Zakaria digergaji,Muhammad diseksa dan anda pula inginkan islam dtg dgn mudah dibwh kakiMU?"

Selepas meneliti kuasa hawa nafsu dlm diri dan mengakui cengkamannya yg melemahkan amal salih maka langkah yg kedua ialah menentukan azam baru utk memerangi,merancang jalan mana yg mahu ditempuhi,lebih tajam membuat siasat perang dan berwaspada dgn muslihat musuh setiap saat.

Musuh manusia yg paling licik berada disekelilingnya.Ia tidak memilih apakah org itu alim atau jahil,ahli ibadat atau ahli maksiat,mukmin atau kafir.Syaitan tetap syaitan,semua org dipengaruhi syaitan masing2.Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya syaitan itu mengalir didalam tubuh anak Adam laksana mengalirnya darah dan sesungguhnya aku bimbang dia akan menimbulkan dalam hati kamu sesuatu yg jahat."
(Al-Bukhari dan Muslim)

Setiap konflik muncul dlm pergaulan manusia krana dengki,dendam dan sombong,perselisishan suamu dan isteri,terputusnya ikatan sanak saudara anak menderhaka ,org tua tidak amanah,org kaya tamak pemimpin zalim serta lalai dan kufurnya manusia terhadap Allah SWT,semua itu berpunca daripada hasutan syaitan akibat diri menjadi tawanan nafsu.

Org mukmin sentiasa sentiasa mengingati diri mereka supaya berlindung dari gangguan syaitan,mengenali bahawa kejahatannya itu adalah hasil kerja syaitan dan cepat kembali bertaubat dan berwaspada supaya tidak tertipu lagi dgn kenikmatan yg dijanjikan syaitan.Oleh kerana sifat dosa adalah nikmat sesaat manakala pahala pula bersifat susah,perit dan seksaan maka ramailah yg kecundang dlm memilih.Tetapi bg org mukmin,seksaan melawan hawa nafsu dan syaitan itu sedikit berubah menjadi nikmat jiwa yg paling bernilai yg tidak pernah dirasai org fasik yg lalai.Nikmatnya seakan-akan didlm syurga walaupun mereka masih didunia lagi.

Ibnu Taimiyah berkata:"Sesungguhnya di dunia ini syurga,sesiapa yg belum masuk kedalamnya dia tidak boleh  masuk syurga akhirat.Murid2nya bertanya:"Apakah syurga dunia itu ?"

Beliau berkata:"Syurga mengenal Allah,mencintai-NYA,merindu dan berlemah-lembut kepada-NYA."

 

0 comments: