Hiburan orang mukmin itu adalah beribadah,
Mengingat Tuhan dan mengagungkan-Nya,
Berkhidmat dengan manusia,
Memberi, bersedekah, menolong dan membantu hamba-hamba Allah,
Mengagih-agihkan harta di kalangan yang patut menerimanya,
Kalau dia tidak dapat menolong orang, hatinya susah,
Kerana menolong orang itu adalah hiburannya,
Mendamaikan orang yang berbalah, hobinya,
Dia terhibur dengan mendamaikan orang yang bermusuhan,
Kalau ada orang yang memberi nasihat,
Atau ada orang mengingatkannya, suka sungguh hatinya,
Lantas dia sayang kepada orang itu,
Kalau dia tidak boleh berkhidmat dengan orang,
Lebih-lebih lagi di waktu orang perlukan khidmatnya, susah hatinya,
Dia terasa sangat bersalah dan berdosa,
Kerana hiburan terputus atau tidak bersambung,
Kalau didapati ada orang lain mendapat nikmat,
Dia pula yang terhibur, Jika ada orang yang mendapat kesusahan,
Hatinya susah, jiwanya derita dan gelisah,
Dia bersungguh-sungguh cuba mengatasinya,
Dia merasa penderitaan orang lain itu adalah penderitaannya,
Kesenangan orang lain adalah kesenangannya,
Begitulah hati orang mukmin terhibur dengan berkhidmat kepada orang lain.
Reference: http://www.gempak.org/forum/117-tentang-agama/148890-hiburan-orang-mukmin.html
Thursday, November 28, 2013
Hiburan Orang Mukmin
Posted by kazzia at 10:52 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment