BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 28, 2013

Imanku, Syurgaku

Hiburan Orang Mukmin

Hiburan orang mukmin itu adalah beribadah, 
Mengingat Tuhan dan mengagungkan-Nya, 
Berkhidmat dengan manusia, 
Memberi, bersedekah, menolong dan membantu hamba-hamba Allah, 
Mengagih-agihkan harta di kalangan yang patut menerimanya, 
Kalau dia tidak dapat menolong orang, hatinya susah, 
Kerana menolong orang itu adalah hiburannya, 
Mendamaikan orang yang berbalah, hobinya, 
Dia terhibur dengan mendamaikan orang yang bermusuhan, 
Kalau ada orang yang memberi nasihat, 
Atau ada orang mengingatkannya, suka sungguh hatinya, 
Lantas dia sayang kepada orang itu, 
Kalau dia tidak boleh berkhidmat dengan orang, 
Lebih-lebih lagi di waktu orang perlukan khidmatnya, susah hatinya, 
Dia terasa sangat bersalah dan berdosa, 
Kerana hiburan terputus atau tidak bersambung, 
Kalau didapati ada orang lain mendapat nikmat, 
Dia pula yang terhibur, Jika ada orang yang mendapat kesusahan, 
Hatinya susah, jiwanya derita dan gelisah, 
Dia bersungguh-sungguh cuba mengatasinya, 
Dia merasa penderitaan orang lain itu adalah penderitaannya, 
Kesenangan orang lain adalah kesenangannya, 
Begitulah hati orang mukmin terhibur dengan berkhidmat kepada orang lain.

Reference: http://www.gempak.org/forum/117-tentang-agama/148890-hiburan-orang-mukmin.html

Tuesday, November 12, 2013

Famous, Fantastic & Fabulous Bachelor :P

Fakta diperkukuhkan lagi dengan data bancian oleh Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang menyatakan perangkaan lelaki dan wanita bujang pada tahun 2002 adalah 3.1 juta dan 2.4 juta. Sementara pada 2004, peratusan lelaki bujang sebanyak 59.6, manakala wanita bujang sebanyak 40.4 peratus. 

10 sebab mengapa Lelaki membujang


1. Tidak ada nafsu terhadap perempuan.

2. Ada pengalaman pahit dalam bercinta.

3. Dilahirkan dalam keluarga yang porak-peranda.

4. Terlalu mencintai seseorang dan apabila cinta itu tidak kesampaian, terus hilang selera untuk berumahtangga.

5. Takut tidak bahagia bila berumah tangga nanti.

6. Meragui kemampuan seksualiti sendiri.

7. Merasakan lebih bebas dan senang hidup sendiri.

8. Terlalu sibuk dengan pelajaran atau pekerjaan.

9. Bimbang tidak dapat membahagiakan isteri dan takut mendapat anak cacat atau tidak cemerlang sebagaimana dirinya.

10. Senantiasa merasa tidak bersedia dari segi kemampuan material dan takut pasangan kecewa tidak dapat apa yang mereka inginkan.
So..please DON'T ask why :)