BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 25, 2012

Haluan Yang Pasti.

Dalam hidup ini, pelbagai ragam org yg kita temui...dahulunya baik sebaik malaikat namun segalanya terhakis apabila kita mengetahui sesuatu mengenai "Dark Side" mereka.

Berkawan juga begitu, ada yg membina, ada yg positif dan ada yang sebaliknya...

Ada juga kita jumpa manusia di luar sana yang berTopenG, ibarat "Casing" handphone yang cantik warnanya dan mampu menukar wajah.

Kita tak boleh mengharapkan perubahan dan persamaan...tetapi menghormati perbezaan...haruskah?

Hari meniti hari,...di rasakan seolah2 mereka pandai melakonkan watak mereka dia atas pentas unggul yang menjanjikan pelbagai gaya persembahan di ikuti dengan gimik wajah lakaran yang mengasyikkan dan menerujakan, hebat dan dasyat. Selama ini kita ingat kita boleh bersama mereka itu.

Tetapi yang pasti, kita harus berubah apabila mengetahui sesuatu yang berlaku di depan mata,...sikap mencela, mencaci, memburukkkan orang lain adalah salah sama sekali... hipokrit berlanjutan, bagai pelakon layar perak yang mendominasi carta Grammy Award.

Patutkah perangai "Melabel" org atau branding org lain dgn gelaran yg bermacam itu amalan yg mulia, walhal pada masa yg sama dia baru saja mengikuti majlis ilmu dan berzikir 24/7...ibarat +-\*....

Meletakkan diri dan keluarga mereka di "Safe Zone" dan mereka org lain saja yang salah,..tetapi malangnya perkara itu dilakukan oleh ahli anggota mereka sendiri...sungguh cepat mengkaburi mata org lain. Salah org lain yang didahului tanpa melihat pantulan pada cermin sendiri.

Hipotesisnya, menanamkan sifat murni dalam diri kita ini adalah mustahak dan menyemai akhlak yang baik memang susah kerna kita sendiri pun susah hendak berubah. 2 haluan yang pasti;
- berjaya atau gagal?
-baik atau buruk?
-rajin atau malas?
-bangun atau tidur?
-kemahuan atau angan2?
-kecil atau besar?
-benar atau palsu?

Kesimpulannya, kita tentukan apa yang kita mahukan. Segalanya terserah pada diri kita dan kepada Allah s.w.t kita memohon meminta merintih merayu menangisi meronta2 berdoa agar ia dimakbulkan.

Amin.


0 comments: