BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 23, 2009

I LOVE KAMBING hehehe

TERAPI KAMBING



Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat
sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama
ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu



Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada
penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti
berikut;
1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak
bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak
zaitun)..
2. Kolestrol daging lembu dan ayam.
3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong,
udang, ketam, kerang, siput.
4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa,
perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan
sebagainya.
5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh
kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng,
telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh
sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran
makanan segera.
7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti
Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan
(herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus
oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti
karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.
Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali
daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan
seperti yang dinyatakan di atas.
Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam
darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk.
Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh
menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu,
kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang
bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan
mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap
oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak
dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.

Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk
menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya
kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan
makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti
Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat
halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan
menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada
penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang
tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat.
Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala
penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik,
tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran
penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai
terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah
tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk
mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di
bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah
obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan
mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami
pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol
kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan
dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran
seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit


Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak
teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan
ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan
mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di
bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel
kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan
hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C
daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit
daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk
mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus
berfungsi menjaga kasih s ayang . Sistem darah yang sihat dan kuat akan
memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan
kasih s ayang .

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar
pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira.
Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan
sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan
mewujudkan perasaan kecintaan.

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan
gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang . Sekiranya anda menghadapi
masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah
amalkan memakan daging kambing.

0 comments: