Janakuasa dalam diri harus meningkat,
Potensi diri harus harus menyerlah,
Keyakinan dalam diri perlu di perkukuhkan,
Mujadah menentang NAFSU.
Kata2 seorg imam muda 2, " Mengikut hawa nafsu seolah2 seseorang yang lemas berpaut dgn org yang lemas di dalam air. Maka kedua2 mereka pun hanyut dan tidak timbul-timbul lagi."
Ibarat menjinakkan kuda liar, begitulah ibaratnya menjinakkan nafsu.
Penyudahnya, sentiasa membersihkan hati dan Qalbu kita. Allahurabbi...
"Ke arah Kecemerlangan dan Kejayaaan"
Tuesday, June 26, 2012
Gelombang Perubahan
Posted by kazzia at 8:43 AM 0 comments
Monday, June 25, 2012
Haluan Yang Pasti.
Dalam hidup ini, pelbagai ragam org yg kita temui...dahulunya baik sebaik malaikat namun segalanya terhakis apabila kita mengetahui sesuatu mengenai "Dark Side" mereka.
Berkawan juga begitu, ada yg membina, ada yg positif dan ada yang sebaliknya...
Ada juga kita jumpa manusia di luar sana yang berTopenG, ibarat "Casing" handphone yang cantik warnanya dan mampu menukar wajah.
Kita tak boleh mengharapkan perubahan dan persamaan...tetapi menghormati perbezaan...haruskah?
Hari meniti hari,...di rasakan seolah2 mereka pandai melakonkan watak mereka dia atas pentas unggul yang menjanjikan pelbagai gaya persembahan di ikuti dengan gimik wajah lakaran yang mengasyikkan dan menerujakan, hebat dan dasyat. Selama ini kita ingat kita boleh bersama mereka itu.
Tetapi yang pasti, kita harus berubah apabila mengetahui sesuatu yang berlaku di depan mata,...sikap mencela, mencaci, memburukkkan orang lain adalah salah sama sekali... hipokrit berlanjutan, bagai pelakon layar perak yang mendominasi carta Grammy Award.
Patutkah perangai "Melabel" org atau branding org lain dgn gelaran yg bermacam itu amalan yg mulia, walhal pada masa yg sama dia baru saja mengikuti majlis ilmu dan berzikir 24/7...ibarat +-\*....
Meletakkan diri dan keluarga mereka di "Safe Zone" dan mereka org lain saja yang salah,..tetapi malangnya perkara itu dilakukan oleh ahli anggota mereka sendiri...sungguh cepat mengkaburi mata org lain. Salah org lain yang didahului tanpa melihat pantulan pada cermin sendiri.
Hipotesisnya, menanamkan sifat murni dalam diri kita ini adalah mustahak dan menyemai akhlak yang baik memang susah kerna kita sendiri pun susah hendak berubah. 2 haluan yang pasti;
- berjaya atau gagal?
-baik atau buruk?
-rajin atau malas?
-bangun atau tidur?
-kemahuan atau angan2?
-kecil atau besar?
-benar atau palsu?
Kesimpulannya, kita tentukan apa yang kita mahukan. Segalanya terserah pada diri kita dan kepada Allah s.w.t kita memohon meminta merintih merayu menangisi meronta2 berdoa agar ia dimakbulkan.
Amin.
Posted by kazzia at 7:09 AM 0 comments
Thursday, June 21, 2012
Hari jadi ke 25
Thanks for all your kind thoughts...cepat masa berlalu....
Harap diri menjadi lebih baik....tak mahu lagi melaku perkara yg sama...mahu berubah...
kawan2 nampak lain....segalanya lain...
tak mahu di ketawakan org di kemudian hari....
hindarinya.
Amin
Posted by kazzia at 9:44 AM 0 comments
Wednesday, June 20, 2012
MANIS
Allah Taala berfirman, yang bermaksud:
"Dan gaulilah mereka (isteri-isterimu) dengan cara sebaik-baiknya." (An Nisa 19)
KESIMPULAN TANGGUNG JAWAB SUAMI
Ilmu tauhid diajarkan supaya aqidahnya sesuai dengan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah.
Ilmu fiqih diajarkan supaya segala ibadahnya sesuai dengan kehendak agama.
Ilmu tasawuf diajarkan supaya mereka ikhlas dalam beramal dan dapat menjaga segala amalannya daripada dirusakkan oleh rasa riya' (pamer), bangga, menunjuk-nunjuk orang lain dan lain-lain.
Ada ulama berkata:
'Sekali memberi pakaian anak isteri yang menyukakan hati mereka dan halal maka suami mendapat pahala selama 70 tahun."
Tidak menzalimi anak isteri yaitu dengan:
Posted by kazzia at 3:50 AM 0 comments
Wednesday, June 13, 2012
Penyejuk Mata
Bukan sekadar mempunyai aset yg lengkap tetapi pasangan yg mampu memacu arah ke Syurga bertemu Allah s.w.t.
Sama ada Lelaki atau Perempuan.
Posted by kazzia at 7:06 AM 0 comments
Friday, June 1, 2012
XY AND XX
Lelaki kacak, kaya...tapi tak boleh menjadi Imam....
Perempuan cantik dan lembut tapi tidak mampu mengaji....
Mesti bijaksana dlm membuat pilihan...
Jgn jadi tangkap, pancung and bunuh
Posted by kazzia at 3:53 AM 0 comments
Tahajjud
Saidina Umar berkata:Sesiapa yg mengerjakan solat mlm (tahajjud,qiyamulail) dgn
khusyuk,nescaya dianugerahkan Allah 9 perkara.5 di dunia, 4 di
akhirat.
LIMA KEISTIMEWAAN DI DUNIA:
1.Jauh daripada segala
penyakit.
2.Lahir ke...san taqwa pd wajahnya (ada nur di wajah).
3.Dikasihi
sekelian mukmin & seluruh manusia.
4.Percakapannya mengandungi
hikmah.
5.Dikurniakan kekuatan & diberi rezeki dlm agama (halal lagi
berkat).
EMPAT KEISTIMEWAAN DI AKHIRAT.
1.Dibangkitkan dari kubur dgn
wajah berseri-serii.
2.Dipermudahkan hisab.
3.Cepat melalui titian sirat
spt kilat.
4.Mendapat buku amalan pd hari akhirat melalui tangan
kanan.
MasyaAllah sahabatku sekelian.Besar sekali kemuliaan yg Allah
berikan.Jadi janganlah kita semua lepaskan peluang ini.Sesungguhnya hati &
jiwa kita akan menjadi sangat tenang & bahagia setiap kali kita sujud
kpdNya..lebih2 lagi di waktu tgh mlm...
reference: Ustzh NurbaIyah FB
Posted by kazzia at 3:49 AM 0 comments
