BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 5, 2011

So proud of you MAN!

Read this, then you will know why...

http://masafzal.blogspot.com/
http://iluvislam.com/inspirasi/kembara-hidup/1024-5-minit-bersama-dato-haron-din.html

I cant believe, with someone that scarify his life to reach successful in his life has....and i dont wanna say that.

Until i realized that....life is short.
http://masafzal.blogspot.com/2011/01/my-baby-afzal.html

4 Syarat Hidupkan Hati dgn Al-Quran


Hati yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang.
Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri.
Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan.
Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.
Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.
Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan.
Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.
Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak.
Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud:
"Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar)." - Surah al-Isra’, ayat 9
Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud:
"Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?" -Surah Taha, ayat 1-4
Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:
Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).
Allah berfirman bermaksud:
"Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat." -Surah al-Isra’, ayat 78
Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:
"Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?" - Surah Muhammad, ayat 24
Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.
Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.
Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.
Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.
Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.
Keempat, merealisasikan kehambaan ('ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.
Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.
Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.
Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.
Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).
Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.
"Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.
"Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan." (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)
Refernce:

No turning back!!!!!


Saturday, June 4, 2011

Just Let Go.

Friday, June 3, 2011

Pantun Budi



one of the malay tradisional song that i like the most, apart from the good sound of lyric, there are few words that really captured.

Line 4:

Bungalah padi
Bunga padi bunga kiambang
Buat hiasan, aduhai sayang
Buat hiasan di taman bunga
Buahlah hati buahlah hati
Kekasih orang
Hamba menumpang, aduhai sayang
Hamba menumpang gembira saja
No revenge,stay coolish and fantastico.


hehehe.

Wednesday, June 1, 2011

Beringatlah sebelum KENA.

Share form FB.

Kawan/sahabat saya merupakan ahli perubatan Islam, rakan seguru saya yang sedang belajar di UPSI ( Universiti Penguruan Sultan Idris). Beliau telah terpanggil untuk merawat seorang muslimah yang kerasukan di kolej kediaman. Selepas rukyah dan dibakar JIN yang menganggunya akhirnya ketua JIN muncul.

Maka sesi soal jawab pun bermula dan JIN tersebut akhirnya mengaku kalah.

Apabila diarahkan mengambil barang sihir, ianya amat memeranjatkan semua yang hadir semasa melihat rawatan itu, ketua JIN mengaku barang sihir tersebut adalah gambar yang diambil di dalam laman "FACEBOOK".

Sahabat saya menyuruh JIN meninggalkan badan muslimah itu. Kemudian ibu bapa pelajar itu datang untuk bawa berubat di kampung halamannya. Mudahan pelajar itu cepat sembuh. Semoga pembaca budiman dapat ambil pengajaran daripada pengalaman perubatan Islam ini. Berhati-hati memuat naik (upload) gambar di laman web sama ada FB, MS, Twitter dan seibu bapanya. Semoga Allah lindungi kita dari syiatan yang dilaknat dan kita janganlah mencari penyakit..

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :

      "Janganlah kamu mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaaan"
______________________________________________________________________________________

MASUKNYA JIN KEDALAM TUBUH MANUSIA

Jin boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan berbagai-bagai cara dan manusia yang mengunakan khidmat Jin untuk melakukan pengkhianatan kepada manusia lain pun melalui berbagai cara.

Sebagaimana sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :

" Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya ".


Dari Hadis di atas jelaslah bahawa Jin dapat masuk kedalam tubuh badan manusia dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin dapat berjalan dalam tubuh manusia seperti arus eletrik mengalir dalam kabel penyalurnya. Jin juga dapat menguasai manusia sehingga ia dapat menimbulkan perkelahian sesama manusia, manusia kehilangan ingatan, hilang daya kemahuan dan kesedaran dan lain-lain lagi.

Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri. Jin mendampingi dan memasuki manusia melalui salah satu cara yang berikut.

ANTARANYA :
Melalui Khadam atau manusia itu sendiri menjadikan Jin sebagai  sahabatnya.

Melalui " saka Baka "

Melalui Sihir yang di lakukan oleh manusia lain ke atasnya.

Kerana manusia itu sendiri lalai dari mengingati Allah atau melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah, bererti mendekatkan diri untuk di kuasai oleh Jin dan Iffrit.

Melakukan kejahatan terhadap Jin tertentu seperti menjatuhkan sesuatu benda berat di sesuatu tempat yang ada Jin, tanpa menyebut nama Allah sehingga menyebabkan kematian anak Jin.

Kerana adanya Jin lelaki yang jatuh cinta kepada seorang perempuan yang suka bersolek atau wanita-wanita yang suka keluar rumah untuk memperlihatkan kecantikkannya dan tidak memakai tudung serta suka mendedahkan aurat.

Melalui pengamalan jampi serapah, doa dan ayat-ayat tertentu yang boleh mendatangkan Jin.

Apabila telah memasuki badan manusia, walau dengan apa cara sekali pun Jin tersebut akan mendiami salah satu tempat berikut di anggota tubuh badan manusia. ( walaupun mereka bebas bergerak-gerak dalam badan manusia )

CARA MENGUSIR GANGGUAN JIN 
Cara yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengusir gangguan Jin 

  • Melaknat Iblis dengan Laknat Allah SWT.
  • Ditepuk punggungnya dan berdoa yang ertinya " Keluarlah kau wahai musuh Allah dan Aku Melaknat-mu dengan Laknat Allah"
  • Membaca Ayat2 Ruqyah : Al-Fatihah, Al-Baqarah 1-4, Al-Baqarah 163-164, Al-Imran 18, Al-Hasyr 1-3,Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.

Cara selepas Zaman Rasullulah SAW 
Zaman Imam Ahmad: Membaca Al-Fatihah, Al-Hasyr 1-3, Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Dituliskan, dicelupkan serta diminumkan airnya.
Membacakan Ruqyah pada orang yg terkena gangguan jin.
Hal dalam menangani gangguan Jin.
Langkah-langkah Pencegahan Mengikuti Perintah dan Menjauhi larangan Allah SWT serta mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. 
Contoh : - Solat Berjamaah 5 waktu di masjid & Solat Sunnat - Tilawah Qur'an - Ta'alim - dsb

PESANAN: Sekiranya anda ingin meletakkan gambar di "laman sosial" ini juga...pastikan gambar anda itu tidaklah mendedahkan aurat dan gambar anda itu tidak menampakkan keseluruhan badan...pastikan gambar itu separuh sahaja...kita tidak tahu hati manusia walau pun ia adalah kawan baik kita rambut sama hitam tetepi hati tuhan sahaja yang tahu...Awaslah...ingatlah...ini bukan main2 atau cerita tom tom bak...ini serius matter. Bukan utk melawak, tapi ini benar. Kalau boleh ayat Qursi and Istighfar selalu. walwahhuallam.

References:

The Past.