You're the one that I want and no one can take It from me
No, no, no, no, no
Even though I don't really know you
I got a lot of love I wanna show you
And you'd be right there in front of me
I can see you passin' in front of me
No, no, no
Girl I need your love
Baby I need your love
Wednesday, February 24, 2010
Real LOve
Posted by kazzia at 12:55 AM 0 comments
Sunday, February 21, 2010
Tuesday, February 16, 2010
Wanita Perhiasan Dunia
Perhiasan yang menjadi dambaan..
Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.
"Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.
Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya……tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?
Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan.
Tapi, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.
Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:
" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."
Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya.
Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.
Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati…tapi haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran. Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas.
Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.
Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-suatu perhambaan yang tersirat. Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan`palsu' ini. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!
Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati'. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.
Posted by kazzia at 5:55 PM 0 comments
Thursday, February 4, 2010
Al-Ikhlas
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa2 kerja kerna dgn bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yg berada didlm tubuh kita dan juga disekeliling kita,mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah,bacalah ayat diatas,kemudian bacalah surah al-ikhlas(iaitu ayat:Qulhuwallahuahad.Allahussamad.Lamyalid walam yu-lad.walam yakul lahu kufuwanahad)sebyk 3 kali.
Masuklah rumah rumah dgn kaki kanan dan dgn membca bismillah.Berilah salam kpd anggota rumah dan sekiranya tiada org dirumah berilah salam kerna malaikat rumah akan menyahut.
amalkanlah bersolat kerna salam pertama ianya wajib yg diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjwb pesoalan dlm kubur.Apabila malaikat memberi salam,seseorg yg jarang akan sukar menjwb salam tersebut.Tetapi bg mereka yg kerap bersolat,amalan drpd salam yg diucap diakhir solat akan menolongnya menjwb salam malaikat itu.
Sabda Rasullullah s.a.w yg bermaksud:"Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,maka dia tidak akan busuk didlm kuburnya,akan selamat dia hari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dgn sayap mereka merentasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.Demikian diterangkan dlm Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kpd umatnya:
Siapakah antara kamu yg dpt khtam AL-Quran dlm jangka masa 2-3 minit? Tiada seorg dr sahabatnya yg menjwb.Malah Saidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil utk mengatam Quran dlm begitu cepat.Kemudian Saidina Ali mengangkat tgnnya.Saidina Umar bersuara kpd Saidina ALi supaya beliau membaca surah Al-Ikhlas sebyk 3 kali.Rasullah menjwb bahawa Saidina ALi betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjaranya sama dgn membaca 10 jus kitab AL-QURAN.Lalu dgn membaca surah Al-Ikhlas sebyk 3 kali maka khatamlah Quran kerana ianya sama dgn membaca 30 jus Al-Quran.
Posted by kazzia at 8:12 AM 0 comments